KUIH QASIDAH

Kuih
Qasidah atau juga dikenali kuih hasidah merupakan kuih tradisi yang lemak dan
manis serta kaya dengan haruman bawang goreng. Kuih tradisional klasik ini
popular di Negeri Kedah. Terdapat (2) dua versi kuih qasidah iaitu, versi
sebelah Utara dan satu lagi sebelah Pantai Timur. Berbentuk seakan-akan seperti
kuih talam tekstur kuih ini lembut dan gabungan rasa bawang goreng memberikan
rasa sensasi yang sangat unik.
Untuk membuat kuih ini, bawang kecil dihiris nipis dan digoreng. Bahan-bahan seperti tepung beras, gula dan air kemudian akan dikacau atas api sehingga pekat dan meletup-letup kecil. Proses mengacau dilakukan tanpa henti di atas api kecil supaya tidak berketul dan hangus. Kemudian adunan yang dimasak ini di masukkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan bawang goreng ditabur diatas kuih beserta sedikit lebihan minyak bawang. Kuih dibiarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Kuih ini amat sinonim dengan bulan puasa dan seringkali menjadi pilihan masyarakat pada waktu berbuka. Namun ia boleh juga dihidangkan pada bila-bila masa seperti semasa minum petang bersama kopi atau teh panas. Memang sangat sesuai.