ALIAS BIN ZAKARIA

ALIAS BIN ZAKARIA

Alias bin Zakaria merupakan pakar rujuk busana tradisional yang berasal dari Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1960 di Balai Bomba, jln. Hang Tuah, Kuala Lumpur, dan kini telah bersara dari bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar sebagai Penyelaras Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Adat dan Warisan. 

Khidmat kepakaran beliau selalu digunakan di dalam program-program anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Muzium Adat Jelebu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan. Antara program- program tersebut seperti:

i. Penyelidik dan pakar rujuk busana tradisional Negeri Sembilan. 

ii. Penyelaras dan juru rujuk pameran peralatan Adat Istiadat Perpatih dan busana tradisional Negeri Sembilan. 

iii. Penyelidik dan penceramah bengkel Ikatan Pantar Berkucung dan Tepak Sireh.

iv. Penyelaras dan kurator Pameran Adat Istiadat Perpatih, koleksi destar dan busana tradisional Majlis Polemik Sejarah Malaysia.

v. Ahli panel perbincangan Meja Bulat (Busana Tradisional Negeri) Identiti Negeri Sembilan. 

vi. Penceramah dan fasilitator Luak Lingkungan Demonstrasi Menakuk Destar dan Ikatan Sampin sempena Pesta Persukuan Adat Perpatih 2014.

vii. Hakim Pertandinan Ikatan Destar sempena program Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

viii. Penceramah ‘Bengkel Busana, Teknik Pemakaian Sampin dan Setanjak’


ALIAS BIN ZAKARIA

Lot 103, Jalan Angsana 7,

Taman Pinggiran Golf,

70400 Seremban, Negeri Sembilan