PUAN CHOY HIM HEONG

Choy Him Heong yang kini berusia 90 tahun (2023)
merupakan seorang pelakon Opera Kantonis Tanahair yang dikenali sebagai 'Ibu
Opera Kantonis Malaysia'. Sehingga kini beliau masih lagi aktif dalam
meneruskan kesenian Opera Kantonis dan masih mengendalikan Kumpulan Opera
Kantonis iaitu Kumpulan Yim Yong Tin dimana kumpulan ini merupakan kumpulan
opera cina tertua di Malaysia.
Beliau mula terlibat dalam lakonan Opera Kantonis seawal usia 7 tahun. Pada tahun 1950 dan 60-an beliau telah diberi peluang terlibat dalam 5 buah filem opera di Hong Kong.
Beliau juga pernah terlibat dalam persembahan
di Viet Nam pada tahun 1953 yang boleh dikatakan berjaya sehinggakan ibunya
yang menemani beliau tidak dapat masuk ke panggung kerana sambutan yang sangat
menggalakkan.
Ketika berusia 76 tahun, personaliti Liza Wang telah mengundang beliau untuk mengajar Opera Cina Tradisional di Guangzhou, Cina. Beliau merupakan tenaga pengajar jemputan pengajian Opera Kantonis universiti di Hong Kong, dan diiktiraf sebagai ‘Mahaguru Opera Kuno’ yang masih hidup.