PAKAIAN TRADISIONAL DUSUN LABUK

Busana
tradisional Dusun Labuk ini secara keseluruhannya menggunakan kain berwarna
hitam material baldu atau kain cotton. Baju Labuk terkenal dengan motif bunga
yang disulam menggunakan tangan yang disebut sebagai ‘Bunga Gosing’ atau bunga
Senduduk (nama saintifiknya Melastoma malabathricum), di mana ianya
menjadi identiti pakaian tradisi masyarakat Dusun Labuk. Bunga gosing memang terkenal dalam kalangan
masyarakat Dusun Labuk kerana kegunaannya dalam kehidupan seharian seperti
sebagai pencuci tempayan dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk
merawat luka luar dan dalam, cirit birit, mempercepatkan proses penyembuhan
rahim bagi wanita yang baru bersalian dan sebagainya
Biasanya pakaian ini digunakan semasa menyambut perayaan-perayaan tertentu seperti pesta Tadau Kaamatan, majlis-majlis rasmi, dan juga digunakan semasa perkahwinan bagi masyarakat Dusun Labuk.