PUTERI GANGGA SARI
Busana
Gangga Sari atau juga dikenali sebagai Busana Zarith Gangga merupakan busana
perkahwinan puteri diraja Perak. Nama busana Gangga Sari diambil bersempena
kerajaan Perak Tua ketika iu iaitu Keraajaan Gangga Negara atau juga dikenali
sebagai Qastan Zarian. Pakaian kemban dari songket ini dipadankan
dengan kebaya dan selendang dari pinggang yang dilepaskan di belakang bahu.
Puteri Gangga Sari juga merupakan gabungan baju labuh kain susun
bertindih di hadapan, bersama baju dagang luar seakan potongan Kebaya Pendek
Kota Bharu yang labuhnya cukup menutup paras punggung.
Selendang panjang
diselitkan di bawah pending hadapan dan disikapkan ke bahu sebelah kanan dan
kiri lalu dibiarkan berjuntai ke belakang sehingga ke paras lutut. Diserikan
dengan perhiasan kepala yang bersesuaian, rambut berjurai kanan, pending emas,
gelang tangan dan kaki, rantai leher emas derai tiga, anting-anting dan
berkasut tekat benang emas.