PUTERA PERAK (PUTERA LIMAU PURUT)

Baju Si Awang Sulung bertekat emas dipadankan
dengan baju kurung cekak musang bersama seluar rencong Acheh. Boleh dipakaikan
sedondon, tetapi lebih menarik jika berlainan warna. Dilengkapkan bersama
ikatan samping ‘Ombak Beralun’ serta dikemaskan dengan lilitan bengkung di
pinggang. Dipakaikan ‘Tanjak Sering’ di kepala bersama ‘Bunga Tajok’ dan
‘Jurai’ serta perhiasan lain seperti rantai leher, keris dan berkasut capal bertekat
benang emas.