BAJU BODO

Baju Bodo merupakan salah satu busana tradisional etnik Bugis di Selangor. Baju Bodo dipakai oleh pengantin perempuan dan kebanyakan masih dapat dilihat di perkampungan bugis di daerah Jenjerum Kuala Langat, Selangor. Busana ini juga boleh dilihat dalam persembahan tarian Pooja, tarian Patenun dan tarian Madupa Bosara. Selain itu, pemakaian baju ini juga amat penting semasa majlis-majlis rasmi kebesaran diraja Selangor. Baju tradisional etnik Bugis ini kebiasaannya berpotongan segi empat manakala lengannya agak pendek iaitu setengah atas bahagian siku. Busana ini mempunyai maksudnya tersendiri dari segi warna yang digunakan oleh si pemakai iaitu:
WARNA IDENTITI PEMAKAI
Jingga Anak perempuan berumur 10 tahun
Jingga dan Merah Gadis berumur 10 ke 14 tahun
Merah Perempuan berumur 17 ke 25 tahun
Putih Para pembantu dan dukun
Hijau Perempuan bangsawan
Unggu Wanita berstatus janda