MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT (BELITUNG) CAMPUR BATANG KELADI
Dahulunya, belitung atau siput sedut ini
kurang dikenali dalam khalayak ramai dan ramai tidak mengetahui cara
masakannya. Namun begitu, apabila tercetusnya Masak Lemak Cili Api Siput Sedut
(Belitung) ini, semakin ramai penggemar siput sedut dan masakan ini sehinggakan
setiap gerai-gerai makan di sekitar Negeri Sembilan ada menawarkannya dalam
pilihan menu mereka. Tambahan lagi, bahan-bahan utama masakan ini juga mudah
dijumpai di pasar-pasar tani yang berdekatan. Masakan ini amat terkenal di
Negeri Sembilan, memandangkan masak lemak cili api telah menjadi lambang
makanan tradisi bagi negeri tersebut. Justeru itu, masakan ini mempunyai
penggemarnya yang tersendiri.
Rentetan dengan perkara tersebut semakin
bertambah permintaan terhadap masakan ini di gerai-gerai makan dari hari ke
hari, tambah-tambah lagi apabila musim siput sedut. Bahan-bahan utama yang
digunakan dalam masakan ini adalah siput sedut dan batang keladi. Batang keladi
digunakan dalam masakan ini untuk menyeimbangkan rasa lemak dan pedas dalam
masakan ini. Walaupun, cara pengendalian bahan-bahan utama ini agak rumit
tetapi kesinambungan antara bahan-bahan ini telah berjaya memikat hati pengunjung-pengunjung
yang menikmatinya. Masakan ini amat sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan
ulam-ulaman. Walau bagaimanapun, terdapat cara masakan siput sedut yang lain
pada masa ini tetapi Masak Lemak Cili Api Siput Sedut (Belitung) campur
Belimbing Buluh tetap menjadi pilihan utama bagi masyarakat Melayu generasi
dahulu.