KUIH TEPUNG SERUNAI

Kuih Tepung Serunai atau juga dikenali sebagai Kuih Tepung Pasung merupakan salah satu makanan tradisional yang boleh didapati di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras. Ia diletakkan ke dalam acuan berbentuk kon menggunakan daun pisang atau juga dikenali sebagai kelongsong daung pisang.
BAHAN BAHAGIAN BAWAH KUIH
300 g gula merah
1 biji telur
200 g tepung beras
100 g tepung sagu
2 cawan santan pekat
BAHAN BAHAGIAN ATAS KUIH
500 g tepung beras
2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya
Bilah lidi yang ditajamkan
CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK
1. Potong bulat 9 inci daun pisang.Kemudian potong daun yang telah bulat itu kepada dua (semi sfera). Gulung dari kiri ke kanan membentul seperti kon. Sematkan dengan lidi.
2. Sementara itu sediakan kukusan. Setelah mendidih letakkan kelongsong daun pisang di dalam celah lubang pengukus.
3. Dalam mangkuk besar campurkan kesemua bahan bawa. Adun hingga sebati.
4. Dalam mangkuk besar lain adunkan bahan bahagian atas hingga sebati.
5. Sendukkan bahagian bawah dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang. Isi separuh kelongsong dan kukus hingga 3/4 masak.
6. Kemudian sendukkan pula bahagian atas dan kukus hingga masak. Siap untuk hidangan.
BAHAN –BAHANNYA