KUIH LOMPAT TIKAM

Kuih tradisional Lompat Tikam amat popular di Malaysia. Kuih ini dipercayai berasal dari kerajaan Majapahit, dan dibawa masuk ke Malaysia untuk dipersembahkan kepada kerajaan Kelantan sekitar tahun 1700. Kuih Lompat Tikam mendapat nama berdasarkan kisah dimana, salah seorang daripada dayang-dayang yang sedang membawa dulang kuih, tersadung pada bendul istana lalu menyebabkan Sultan melompat terkejut dan tertikam dayang itu.
BAHAN 1
200g tepung beras
1 liter santan
200g air pandan
Secubit garam
BAHAN 2
1 liter santan pekat
Secubit garam
BAHAN 3
300g beras pulut
Sedikit pewarna merah
Secubit garam
300g gula melaka
CARA MEMBUATNYA
1. Bahan-bahan (1) dicampurkan menjadi satu adunan di atas api yang perlahan sehingga pekat. Masukkan ke dalam satu bekas.
2. Bahan-bahan (2) dipanaskan hingga mendidih. Ketepikan.
3. Bahan-bahan (3) dicampur sebati dan biarkan pulut masak. Gula melaka hendaklah dimasak dengan air. Biarkan agak pekat sedikit dan hidangkan.