PERMAINAN TRADISI MELAKUT KARAT

Melakut Karat adalah permainan tradisional masyarakat Sarawak. Dalam bahasa Iban istilah melakut karat bermaksud ‘tarik dan tolak’. Permainan ini bertujuan untuk menguji kekuatan lelaki apabila mereka perlu menarik keluar kayu balak yang hujungnya ditanam di dalam tanah, dengan sekuat hati dan sejauh yang boleh. Kayu balak yang berjaya ditarik keluar diukur jaraknya ditarik keluar dari dalam tanah. Pemuda yang berjaya menarik paling jauh biasanya menjadi sebutan dan perhatian wanita.