MAMAGANDAL

Mamagandal atau ‘manakai’ adalah proses mengangkat karung padi (“bandu”) menggunakan kerbau untuk dipindahkan dari kawasan tapak semaian ke rumah simpanan bijirin padi (“tangkob”). Aktiviti yang telah menjadi permainan tradisional ini diperkenalkan untuk menonjolkan keaslian kegiatan harian kaum KadazanDusun di Sabah semasa musim menuai padi. Permainan ini memperlihatkan budaya serta ketangkasan, kegigihan dan kekuatan fizikal kaum tersebut dalam menggunakan sistem pengangkutan pada masa silam, dalam keadaan tanah bendang yang becak dan berlopak-lopak.