JALA ITIK

JALA ITIK

Permainan ini bertujuan untuk mencari ahli kumpulan dan kumpulan yang mempunyai bilangan ahli yang ramai berpeluang mengalahkan kumpulan lawan. Tiada sebarang peralatan diperlukan cuma sebuah lagu yang menarik dinyanyikan mengiringi permainan.

Sebelum memulakan permainan, dua orang pemain dilantik sebagai ketua manakala pemain yang lain berperanan sebagai “awak-awak”. Kebiasaannya ketua dipilih berdasarkan usia ataupun saiz badan yang lebih besar. Setiap ketua akan memilih nama samaran masing-masing. Nama samaran tidak boleh diberitahu kepada pemain lain; hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya.

Permainan dimulakan dengan kedua-dua ketua berdiri secara berhadapan sambil memegang tangan masing-masing yang diangkat sedikit ke atas. Ini bertujuan untuk memudahkan “awak-awak” bergerak dan berjalan di bawah lengannya. Mereka hendaklah berjalan sambil memegang bahu pemain di hadapan. Sambil berjalan mereka mendendangkan lagu yang menarik seperti berikut:

“Jan-Jan Jala, Jan Jala Itik, Jala Ayam

Berapa lubang kecil, seratus lima puluh

Singgah Mak Cik Dayang, makan sirih mulut merah”.

Peraturan:

Jika pasukan yang kurang ahli berjaya menarik pasukan lawan maka ia dianggap pemenang. Jika sebaliknya pasukan tersebut dianggap kalah.