PERMAINAN TERUP

PERMAINAN TERUP

Permainan ini menggunakan daun terup sebagai alat utama. Terdapat pelbagai jenis permainan terup seperti ‘menampar terup’, ‘menepuk terup’ dan ‘melecut terup’. Permainan ini tidak mempunyai tempoh had masa bermain yang khusus hanya bergantung kepada persetujuan setiap pemain.

Dalam permainan ‘menampar terup’, daun terup disusun secara terlentang dengan bahagian gambar menghadap ke atas. Pemain ‘menampar’ daun terup berkenaan. ‘Tamparan’ yang terlalu kuat sehingga menggegarkan lantai tidak boleh dilakukan. Hanya daun terup yang terbalik sahaja boleh diambil oleh pemain manakala yang tinggal dimainkan oleh pemain seterusnya.

Bagi permainan ‘menepuk terup’ dan ‘melecut terup’, konsep permainan adalah sama cuma teknik dan cara bermain sedikit berbeza iaitu dengan ‘menepuk’ daun terup menggunakan tangan. Daun terup yang berserakan dikira sebagai mata.