TUMUTU

Umumnya permainan tradisional kaum KadazanDusun ini adalah gabungan kemahiran dan ketangkasan memproses padi secara tradisional. Ia memperlihatkan keunikan dan keindahan budaya dalam memproses padi selepas dituai sehingga menjadi beras yang sedia untuk dimasak.
Terdapat tiga peringkat dalam permainan ini, dimulakan dengan mengasingkan biji padi daripada tangkai dengan cara memijak yakni " mengoggik" tangkai-tangkai padi. Kemudian " mengatap" yang menguji kemahiran mengasingkan padi daripada hampas menggunakan " raya' atau bakul. Peringkat terakhir ialah " monutu' atau 'moniri' yakni kemahiran mengasingkan beras daripada kulit padi dengan menggunakan lesung dan " tolu" yakni alu.