TUJU PARA

Permainan Tuju Para adalah popular dalam kalangan masyarakat setempat sekitar tahun 1950an. Pada asasnya permainan ini menggunakan biji getah atau gelang getah, batang atau ranting kayu bercabang dua, buluh dibelah empat dan tali.
Dua batang atau ranting kayu tersebut dipacakkan selari di atas tanah dan bertindak sebagai tiang para. Kepingan buluh diikat di atas batang atau ranting tadi dan bertindak sebagai para. Giliran pemain ditentukan dengan melempar ibu biji getah atau gelang getah ke arah garisan permulaan di hadapan para. Pemain yang ibu biji getahnya atau gelang getahnya paling dekat dengan garisan permulaan akan memulakan permainan.