TIBAI LALAT

TIBAI LALAT

Tibai Lalat juga dikenali sebagai permainan Gode Anak/Pukul Anak dan Katak Bantal. Sebelum memulakan permainan semua pemain duduk dalam bulatan besar dan dikehendaki menutup mata masing-masing. Pemain yang memulakan permainan dipanggil 'lalat'. Ia berjalan mengelilingi bulatan sambil memegang sapu tangan yang boleh diganti dengan benda lain seperti bantal dan sebagainya. Pemain ini meletakkan sapu tangan tersebut di belakang pemain lain dalam bulatan berkenaan kemudian kembali duduk di tempat asalnya. Jika pemain yang menerima sapu tangan berjaya mengejar dan menyentuh si pemberi sapu tangan maka pemain ini dianggap kalah.

JKKN PERLIS

JKKN PERLIS
Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-979 3604 Fax : 04-977 0117