TEROMPAH GERGASI

TEROMPAH GERGASI

Nama Terompah Gergasi wujud apabila sekeping papan dibentuk seperti terompah dalam saiz yang besar. Oleh kerana terompah gergasi ini boleh dipakai oleh ramai pemain menyebabkan namanya dikenali sebagai sedemikian.

Permainan ini dimainkan secara berkumpulan. Bilangan kumpulan hendaklah menyamai jumlah terompah yang ada. Pemain di hadapan hendaklah memberi isyarat kepada pemain di bahagian belakang supaya bergerak secara serentak bagi mengelak masalah seperti terjatuh dan sebagainya. Tangan setiap pemain memegang pinggang pemain di hadapan. Pasukan yang pertama sampai dahulu di garisan penamat dikira pemenang. Mata dikira batal sekiranya terdapat pemain yang tercicir atau terjatuh dari kumpulan walaupun pasukan tersebut telah berada di garisan penamat.