TELEFON TIN

Permainan ini sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak namun semakin dilupakan, berpunca daripada kepesatan dunia teknologi yang canggih masakini seperti telefon pintar dan gajet-gajet lain. Permainan ini dipanggil " telefon tin" disebabkan penggunaan tin sebagai alat utama. Permainan ini juga tidak memerlukan peraturan yang khusus. Ia sekadar mengisi masa lapang dan bertujuan untuk hiburan ketika zaman dahulu.
Dua biji tin kosong diperlukan kemudian kedua-duanya disambungkan menggunakan tali atau benang yang bertindak seperti kabel telefon. Tin ditebuk di bahagian bawah sebagai tempat untuk menyambungkan tali yang diikat dari dalam tin.