PISA TIBOW

Pisa Tibow adalah permainan tradisional kaum Melanau yang biasanya dimainkan sempena menyambut musim buah, lazimnya pada awal tahun. Permainan ini juga popular terutama dalam kalangan generasi muda kerana pada waktu musim buah inilah mereka mencari jodoh. Dahulunya permainan ini dimainkan ketika bulan mengambang disebabkan pada waktu ini suasana di sekitar tapak permainan tampak terang.