MIGOGO

MIGOGO

Dalam bahasa KadazanDusun Migogo bermaksud 'memeluk badan seseorang atau lawan dan menjatuhkannya dengan tangan'. Permainan tradisional ini adalah kegiatan kaum KadazanDusun yang biasa dimainkan di bendang selepas musim menanam atau menuai padi. Pemain lelaki beradu kekuatan dan kemahiran bagi menarik perhatian gadis-gadis kampung untuk dijadikan isteri. Popular pada tahun 1930an dan 1940an, kini sejak tahun 1950an permainan ini dijadikan sebagai salah satu aktiviti dalam sambutan Pesta Kaamatan iaitu pesta selepas menuai padi.

JKKN SABAH

JKKN SABAH,
Kompleks JKKN Sabah, KM 4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052