MENGEJAR ITIK
Aktiviti ini mempunyai persamaan dengan permainan Menggagau Ikan, namun bezanya adalah subjek utama yang diketengahkan adalah itik. Permainan ini terkenal di kawasan utara Semenanjung Malaysia terutama di Perlis dan menjadi salah satu daripada acara tahunan yang diadakan setiap kali tibanya musim menuai atau musim Angin Timur.
Permainan ini biasanya diadakan di dalam sawah yang berlumpur bertujuan untuk menyukarkan pergerakan pemain semasa menangkap itik. Jumlah mata dikira berdasarkan kepantasan dan kecekapan menangkap itik.