LUMBA TEMPURUNG

LUMBA TEMPURUNG

Permainan ini mempunyai persamaan dengan Terompah Gergasi tetapi berbeza daripada segi alat yang digunakan. Lumba Tempurung dimainkan secara berkumpulan dengan jumlah minimum bagi setiap kumpulan ialah dua orang dan tiada had maksimum bergantung kepada keluasan tempat atau ruang permainan.

Permainan tradisional masyarakat Melayu ini berasaskan tempurung kelapa yang dibelah dua dan ditebuk lubang di tengahnya bagi memasukkan tali.  Pemain perlu meletakkan kedua belah kaki masing-masing di atas tempurung-tempurung dengan menyelitkan tali di antara ibu jari kaki dan jari telunjuk kaki. Pemain kemudian berjalan dengan melangkah sambil menarik tali tersebut untuk keseimbangan badan.