LAYANG-LAYANG

LAYANG-LAYANG

Layang-layang atau Layangan adalah lembaran bahan tipis berkerangka yang dihubungkan dengan tali atau benang dan diterbangkan ke udara. Permainan ini menggunakan konsep angin dalam menerbangkan layang-layang tersebut. Layang-layang dikatakan memiliki fungsi ritual atau untuk sesuatu upacara. Catatan pertama menyebut permainan ini berasal dari negara China sekitar 2500 Sebelum Masehi.

Fungsi layang-layang dapat dibahagikan kepada lima iaitu sebagai alat permainan, sebagai alat ritual, sebagai alat memancing, sebagai alat bantu penelitian dan medium alternatif tenaga.

Penelitian terhadap konsep pada permainan ini mendapati bahawa ia merupakan permainan yang menjadi aset dan khazanah yang terbaik buat Malaysia. Ia bukan sahaja dijadikan medium untuk hiburan di masa lapang tetapi, sebaliknya, dapat dijadikan sebagai wadah untuk pelbagai perkara lain berikutan fungsi-fungsinya.