SUSUN SELIPAR

SUSUN SELIPAR

Cara dan teknik bermain permainan ini hampir sama dengan permainan Baling Tin cuma berbeza daripada segi alatan yang digunakan sahaja.

Para pemain hendaklah memilih ahli kumpulan masing-masing untuk membentuk dua kumpulan. Tiada cara khusus bagi menentukan pemilihan ahli kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga lima orang pemain ataupun lebih. Biasanya bilangan ahli kumpulan juga saiz fizikal setiap pemain adalah seimbang. Tiada tempoh masa yang ditetapkan untuk bermain.

Setiap pemain dibenarkan membuat tiga kali lontaran bola ke arah susunan selipar. Jika pemain pertama tidak berjaya menjatuhkan kesemua selipar maka pemain kedua mengambil alih giliran melontar untuk menjatuhkan baki selipar yang ada. Sekiranya semua pemain gagal menjatuhkan kesemua selipar maka kumpulan kedua mengambil alih untuk membuat balingan bola. Pasukan yang memperoleh jumlah mata paling banyak mengikut kiraan bilangan selipar yang dijatuhkan dikira sebagai pemenang.