SERAK BIJI SAGA

Permainan ini dimainkan sejak dahulu lagi tetapi menjadi lebih popular pada pertengahan tahun 1970an. Ia dimainkan hampir di merata tempat tanpa diketahui asal usulnya.
Alat utama adalah biji buah saga namun biji getah, manik dan batu kerikil boleh juga digunakan. Pemain harus ditentukan giliran terlebih dahulu sebelum permainan dimulakan. Setiap pemain dikehendaki memberi beberapa biji saga kepada pemain yang gilirannya terlebih dulu. Kebiasaanya pemain perlu mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji saga namun bergantung kepada persetujuan pemain yang lain.
Terdapat dua cara untuk bermain iaitu secara individu atau berkumpulan. Antara peraturan permainan ini ialah jumlah biji saga hendaklah sama, bermain di lantai yang licin serta mengikut giliran yang telah dipersetujui. Sekiranya jari kelingking terkena salah satu buah ketika buah tersebut melalui satu garisan maka permainan ditamatkan.