LARI DALAM GUNI

LARI DALAM GUNI

Permainan tradisional ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.  Peralatan utama ialah karung guni. Tempat bermain ialah kawasan lapang dengan permukaan yang rata. Tiada had tempoh masa yang khusus ditetapkan untuk permainan ini dan jumlah pemain juga bergantung kepada keadaan dan persetujuan bersama.

Garisan penanda dibuat sebagai tempat bermulanya permainan. Cara bemain ialah hanya perlu memasukkan kedua-dua kaki dan anggota badan ke paras pinggang ke dalam guni. Apabila wisel ditiup pemain perlu berlari sambil memegang bucu guni bagi mengelakkan daripada terjatuh. Pemain yang sampai dahulu di garisan penamat dikira sebagai pemenang. Pemain yang terjatuh atau terkeluar dari guni perlu memulakan semula permainan dari garisan mula.