MAIN LAGA BIJI GETAH

Permainan
tradisional ini terkenal dalam kalangan kanak-kanak. Bahan utama ialah biji
getah yang tua dan berwarna kehitaman. Tempat bermain adalah kawasan tanah yang
lapang dan rata. Jumlah pemain juga bergantung kepada persetujuan pihak lawan.
Tiada tempoh masa yang dihadkan untuk menamatkan permainan ini.
Cara bermain ialah biji getah dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk dan diletak di atas biji getah pihak lawan. Sebelah tangan menghentak biji getah tersebut bertujuan untuk memecahkan biji getah pihak lawan. Mana-mana biji getah yang pecah maka empunya dikira kalah.