PERMAINAN RAMPANAU

Rampanau
atau Minsurukud popular dalam kalangan masyarakat Dusun terutama di
daerah-daerah Tambunan, Keningau dan Ranau di Sabah. Kini, permainan ini hanya
dapat disaksikan dalam sambutan Pesta Kaamatan yakni pesta selepas musim
menuai, dan jarang dimainkan oleh masyarakat akibat pengaruh arus pemodenan
zaman.
Permainan ini biasanya menggunakan dahan pohon sagu, kayu keras dan dua batang buluh yang berukuran kira-kira tiga meter hingga 10 meter yang direka khas sebagai kasut tinggi. Dahan pohon sagu dan kayu keras pula digunakan untuk meletakkan kaki. Buluh ditebuk untuk membuat lubang yang berukuran kira-kira lapan sentimeter hingga lima sentimeter. Untuk bermain pemain mestilah berjalan atau berlari menggunakan alat 'rampanau' ini. Pemain yang jatuh dikira kalah.