KAPAL TERBANG KERTAS

KAPAL TERBANG KERTAS

Permainan ini begitu sinonim dengan kehidupan zaman kanak-kanak dan hanya menggunakan kertas dilipat sehingga menjadi bentuk kapal terbang lalu diterbangkan. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai rupa dan bentuk kapal terbang yang biasa dicipta mengikut kehendak dan citarasa pemain. Kapal terbang yang telah dihasilkan, dimainkan dengan melepaskannya ke udara dan ianya akan meluncur seperti pesawat mendarat.