GASING

Permainan
Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450SM dan dibawa ke Tanah
Melayu oleh pedagang Arab. Justeru, permainan ini telahpun diperkenalkan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dari Melaka Gasing diperkenalkan ke
negeri-negeri Melayu yang lain dan menjadi permainan yang popular. Kini,
permainan ini kekal sebagai warisan budaya masyarakat Melayu dan terkenal di
Melaka, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
Terdapat pelbagai jenis gasing iaitu gasing jantung, gasing kelawar, gasing telur, gasing perenang, gasing tanjung dan gasing pangkah. Tali gasing diperbuat daripada benang atau jut berukuran antara 300sm hingga 450sm mengikut ukur lilit gasing. Salah satu hujung tali diikat pada sekeping logam sebagai penahan tangan ketika menghayun gasing manakala hujung satu lagi dilekatkan gam supaya tidak terurai. Dalam permainan ini pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.