GALAH PANJANG

GALAH PANJANG

Permainan ini dimainkan oleh dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang pemain. Salah seorang daripada ahli dilantik sebagai ketua dan selebihnya bertindak sebagai 'awak-awak'. Setiap ketua hanya boleh ditukar ketika memulakan pusingan baru. Tujuan dan matlamat permainan ini adalah untuk mengalahkan pihak lawan berdasarkan jumlah mata yang diperoleh.

Penetapan atau syarat permainan ditentukan sebelum permainan dimulakan. Penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi garisan gelanggang dan dikira kalah jika melakukannya. Penentuan pemenang adalah berdasarkan pasukan yang memperoleh mata paling banyak.

Ketua kumpulan pertahanan hendaklah mengawasi pergerakan setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang iaitu sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang. 'Awak-awak' bertindak sebagai penjaga garisan melintang di dalam gelanggang.