COP TIANG

COP TIANG

Asal usul permainan tradisional ini tidak diketahui, namun ia wujud di mana-mana. Yang pasti permainan ini wujud disebabkan terdapat banyak tiang yang menjadi laluan di beberapa buah sekolah atau rumah kampung. Permainan ini tidak mempunyai peraturan yang khusus sebaliknya bergantung kepada persetujuan bersama para pemain.

Uniknya, permainan ini hanya boleh dimainkan dalam jumlah pemain yang ganjil tetapi harus mempunyai bilangan tiang yang genap. Di permulaan permainan harus ditentukan pemain yang akan menjadi 'perebut tiang'. Setelah ditetapkan pemain yang lain memegang tiang masing-masing. Sebaik permainan dimulakan pemain yang memegang tiang harus mencari pasangan dan mereka perlu menukar tiang sepantasnya. Si 'perebut tiang' pula hendaklah cekap mencari tiang yang kosong yang ditinggalkan semasa empunya menukar tiang dengan pasangannya. Pemain yang kehilangan tiangnya kemudian menjadi si 'perebut tiang' seterusnya.