CATUR

CATUR

Catur mempunyai persamaan dengan permainan Dam Aji. Namun, jumlah buah serta panggilan bagi setiap buah dalam satu-satu permainan adalah berlainan. Tahap kesukaran permainan catur juga lebih tinggi dan memerlukan pemikiran dan penumpuan yang fokus semasa bermain. Permainan ini popular di Melaka dan negeri-negeri yang lain. Kini, catur menjadi salah satu daripada acara sukan yang dipertandingkan di peringkat negeri mahu pun antarabangsa.