CARI CUCU - NENEK SI BONGKOK TIGA

CARI CUCU - NENEK SI BONGKOK TIGA

Halaman rumah atau kawasan lapang adalah gelanggang yang sering digunakan untuk permainan ini. Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan ini dan mereka memainkannya bersama-sama. Tiada had bilangan pemain malah lebih ramai pemain lebih menyeronokkan. Alatan yang diperlukan ialah sebatang kayu sebagai tongkat dan sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata.

Sebelum memulakan permainan seorang pemain diperlukan untuk memegang peranan sebagai 'nenek'. Pemain untuk peranan ini ditentukan melalui kaedah undian lai lai li tam plong dan kaedah wan to som. Pemain yang kalah dalam undian ini mengambil peranan sebagai 'nenek'. Pemain lain pula berperanan sebagai 'cucu'. Pemain yang berperanan sebagai 'nenek' mesti menutup mata dengan sehelai kain atau sapu tangan agar ia tidak dapat melihat 'cucu-cucunya'. 'Nenek' diberikan sebatang tongkat, dan dengan mata tertutup, seolah-olah 'nenek buta' yang berjalan keseorangan dan menyanyi mencari 'cucu-cucunya'.

Nyanyian 'Nenek Si Bongkok Tiga':

"Nenek-nenek si bongkok tiga

Siang malam asyik berjaga

Mencari cucu di mana ada

Nenekku kahwin dengan anak raja."


“Cucu, cucu, tak dapat Iari,

Nenek tua banyak sakti,

Sekarang nenek nak cari ganti,

Siapa kena dia yang jadi.”


Telefon : 03-2614 8200

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Ibu Pejabat

Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34,

Lot 1001, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail,

50250 KUALA LUMPUR.