BOLA TEPUK

BOLA TEPUK

Bola Tepuk juga dikenali sebagai permainan Bola Mini Kertas. Ia dipercayai wujud pada tahun 1950an dan berasal dari Negara Thai serta dibawa masuk ke Perlis. Cara dan peraturan permainan ini sama seperti perlawanan bola sepak yang sebenar tetapi dengan saiz yang berbeza.

Permainan ini biasanya dimainkan di atas lantai atau meja. Kad manila dibentang sebagai padang bola. Tiang gol diperbuat daripada kertas saiz A4 dilipat dua dan dilubangkan. Sebanyak 22 keping kertas keras bersaiz 9 cm panjang dan 4 cm lebar bertindak sebagai pemain. Kertas keras boleh diambil daripada kotak pembungkus teh dan sebagainya. Bola dibentuk bulat dan diperbuat daripada segumpal kertas emas biasanya diambil dari kotak rokok. Bola digerakkan dengan pemain menepuk satu kad yang akan menggerakkan bola sebagai pemain bola sepak di padang hingga masuk ke jaringan gol.

JKKN PERLIS

JKKN PERLIS,
Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-979 3604 Fax : 04-977 0117