BATU SEREMBAN

Batu
Seremban terkenal di Kedah, Selangor, Kelantan dan Johor. Ia juga dikenali
sebagai permainan Batu Selambut atau Serembat, dimainkan secara individu dalam
kumpulan seramai dua hingga empat orang. Lima biji objek yang dikenali sebagai
'buah' diperlukan. Antara objek tersebut ialah biji getah, guli kaca, pundi
kacang, ketulan batu kerikil atau bungkusan kain kecil.
Cara buah dilambung adalah berbeza pada setiap peringkat permainan. Bermula pada peringkat pertama menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai 'buah satu' hinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan sebagai 'buah tujuh' ataupun 'raja'. Seterusnya melakukan 'menimang buah' untuk mendapatkan mata. 'Mati permainan' bermaksud seseorang pemain terpaksa memberhentikan permainan dan giliran bermain diberikan kepada pemain berikutnya.
Perkara-perkara yang menyebabkan berlakunya status 'mati permainan' adalah, antaranya, jika ada buah yang bersentuhan semasa pemain menabur buah-buah tersebut di atas landasan permainan seperti tanah, lantai, dan sebagainya. Selain tangan, anggota badan yang lain seperti kaki, lutut dan sebagainya tidak dibenarkan bersentuhan dengan buah yang lain.