BALING TIN

BALING TIN

Selain nama Baling Tin atau Tuju Tin, permainan ini juga dikenali sebagai Pekong Tin.

Peralatan permainan terdiri daripada 10 buah tin kosong seperti tin susu isian pekat dan sebiji bola sebesar bola tenis. Selipar boleh mengganti jika bola tiada. Tin-tin tersebut disusun mengikut kehendak pemain sama ada dalam barisan atau bertingkat.  Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, sama ada di atas tanah yang rata ataupun di atas gelanggang.

Garisan digores di atas tanah sebagai penanda tempat setiap pemain berdiri untuk melontar bola ke arah tin. Jarak antara garisan penanda dan kedudukan susunan tin adalah lebih kurang 4 meter. Namun tiada ukuran khusus yang perlu dipatuhi, hanya bergantung kepada keselesaan pemain itu sendiri. Antara peraturan permainan ini adalah jumlah lontaran sebanyak tiga kali. Pasukan yang berjaya memperoleh mata paling banyak mengikut bilangan tin yang dijatuhkan dikira sebagai pemenang.