ACI SOROK

ACI SOROK

Selain dinamakan Aci Sorok, ia juga dikenali sebagai Permainan Sorok-Sorok

Sebatang pokok ataupun tiang dijadikan sebagai Rumah Induk, tempat untuk Pencari memulakan permainan. Sebelum bermula, undian dilakukan bagi menentukan seorang pemain yang berperanan sebagai Pencari. Ia mestilah menutup mata dan kedudukannya adalah menghadap ke arah Rumah Induk. Semasa membuat kiraan Pencari tidak dibenarkan menoleh ke kiri, ke kanan atau ke belakang. Jika diketahui Pencari melakukannya, 'awak-awak' (ahli lain) boleh mengarahkan Pencari membilang semula dari kiraan satu.

Jika didapati ada pemain yang menyorok di luar kawasan yang ditetapkan maka pemain ini dikira 'mati' dan mengambil peranan sebagai Pencari pula. Sekiranya Pencari berjaya menjumpai salah seorang pemain, maka beliau hendaklah menyebut dengan kuat nama pemain tersebut, kemudian berlari ke Rumah Induk dan mencuitnya. Dalam masa yang sama menyebut perkataan "ibu". Tujuannya adalah untuk mematikan status pemain yang ditemui tadi. Permainan tersebut dianggap tamat jika kesemua pemain telah ditemui.