PANJAT TIANG LICIN

PANJAT TIANG LICIN

Permainan tradisional ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan terkenal di utara Semenanjung Malaysia khususnya di Perlis dan di Kedah. Permainan yang berdaya saing yang tinggi ini memerlukan kekuatan fizikal, daya kreativiti serta ketangkasan. Matlamat utama adalah untuk memupuk semangat kerjasama.

Asasnya permainan ini menggunakan sebatang pokok, biasanya pokok pinang, yang dilumurkan dengan minyak masak atau minyak pelincir. Ini bertujuan agar tiang atau pokok tersebut licin dan menyukarkan pemain untuk memanjatnya. Ketinggian tiang licin bergantung kepada keadaan dan persetujuan semua pihak. Jumlah pemain antara dua hingga sepuluh orang atau lebih.

Hadiah berupa wang atau makanan ringan digantung dihujung tiang sebagai habuan. Pasukan yang berjaya memanjat dan mengambil hadiah di hujung tiang licin dikira sebagai pemenang.