MOMOLISITIK

MOMOLISITIK

Momolisitik atau melastik adalah aktiviti anak-anak remaja kaum KadazanDusun di Sabah, seperti lastik yang popular di Semenanjung Malaysia. Lastik adalah sejenis senjata untuk lontaran kecil menggunakan dua jalur tali getah disambungkan ke dua bahagian atas kerangka batang berbentuk "Y". Terdapat kantung tempat menyimpan bahan lontaran yang disambungkan ke kedua-dua jalur tali getah tersebut.

Cara menggunakan lastik ialah bahan lontaran seperti batu kerikil, biji getah atau tanah liat kering diletakkan di dalam kantung. Sebelah tangan memegang batang kerangka "Y" manakala sebelah tangan lagi menggenggam kantung dan menarik jalur getah ke belakang. Semakin jauh atau panjang tarikan jalur getah itu semakin tinggi kuasa lontaran dan bahan lontaran bergerak lebih pantas, padu dan jauh.

 

JKKN SABAH

JKKN SABAH,
Kompleks JKKN Sabah, KM 4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052