MAIN TIKAM

Permainan
individu ini dimainkan di kawasan laman rumah iaitu di atas permukaan tanah
atau lantai berkayu. Bilangan pemain ialah dua hingga empat orang. Jika terlalu
ramai pemain permainan ini kurang menyeronokkan. Permainan ini memerlukan
teknik dan cara memegang alatan tajam yang berupa jarum kompas atau alatan geometri.
Para pemain duduk bersila atau bersimpuh. Setiap pemain perlu melambung alatan tikam ke udara agar ia jatuh terpacak di atas permukaan. Teknik dan cara kedudukan memegang alatan tikam adalah berbeza mengikut urutan permainan yang telah ditetapkan. Pemain mestilah menyambung permainan pada peringkat yang buahnya berhenti pada tahap sebelumnya. Pemain terakhir yang menamatkan permainan dikenakan denda dengan menggaru belakang pemenang pertama sebanyak 100 kali.