ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM BISAYA KEPERCAYAAN MISTIK: TARIAN ALAI BUBU

Kaum Bisaya yang kebanyakannya tinggal di
Daerah Beaufort di Bahagian Pedalaman Sabah mempercayai mistik yang berkaitan
dengan bubu (lukah) yang digunakan untuk menangkap ikan. Dikatakan bubu boleh
menari apabila sesuatu mantera dibaca kepada bubu berkenaan. Tarian ini
dipersembahkan oleh enam orang penari, empat orang pengalai yang memegang bubu,
empat orang pemuzik serta dua orang penyanyi.
Menurut kepercayaan kaum ini yang dahulunya beragama pagan, bila si suami atau si isteri meninggal dunia maka pasangannya yang masih hidup dimasukkan bersama ke dalam bubu, kemudian mereka dicampak ke dalam laut. Setelah itu, bomoh memuja atau memanggil semangat bubu naik semula ke pesisir pantai untuk berjumpa dengan sanak saudara atau orang-orang kampung bagi mengubati mereka yang sakit pada ketika itu. Bomoh membaca beberapa mantera dan jampi serapah yang salah satunya seperti berikut:
'Iya Bamban Iya Lukah
Utak Bamban Iba Sari,
Main Dengan Sipar Muda,
Silukah Pandai Menari'