ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN ADAT SOGIT

PENGENALAN
Kaum majoriti Sabah ini mempunyai dua dialek
bahasa serta pelbagai budaya dan adat resam. Mereka tinggal di Bahagian Pantai
Barat iaitu di daerah-daerah Penampang, Papar, Tuaran, Kota Belud dan Ranau,
serta di Bahagian Pedalaman iaitu Tambunan dan Keningau. Kebanyakan mereka
adalah petani tradisional yang menanam padi sawah dan padi bukit. Sesetengahnya
memburu serta menangkap ikan di sungai.
SOGIT
Sogit adalah seumpama undang-undang, bertindak
sebagai saman dengan pampasan daripada pihak yang bersalah. Pampasan biasanya
dalam bentuk haiwan ternakan seperti khinzir, kerbau, lembu, kambing atau ayam.
Sebagai contoh, sogit dikenakan kepada lelaki yang mengganggu gadis yang
masih suci ataupun wanita yang telah berkahwin.
Antara kesalahan yang boleh dikenakan sogit ialah:
1. Mencuri hasil tanaman atau ternakan
2. Merosakkan tanaman
3. Membunuh haiwan ternakan
4. Merogol
5. Melarikan anak gadis
Jika seseorang perempuan diganggu oleh lelaki dan mengandung sebelum berkahwin maka lelaki yang bertanggungjawab perlu membawa keluarganya dan Ketua Kampung untuk membincangkan persetujuan sekiranya lelaki tersebut mahu berkahwin dengan perempuan berkenaan. Jika lelaki tersebut enggan berkahwin maka ia perlu membayar pampasan mengikut kehendak keluarga pihak perempuan berkenaan. Jika perempuan berkenaan mahu lelaki tersebut berkahwin dengannya maka pihak lelaki perlu menuruti kehendak pihak perempuan. Sogit yang perlu dibayar mestilah melebihi RM1,000 serta barangan tradisional. Kelengkapan perkahwinan juga perlu disediakan walaupun kedua pihak tidak akan berkahwin.
HUKUMAN SOGIT
a) Hukum Perceraian Perkahwinan
Sekiranya si suami menceraikan isterinya maka
ia perlu menanggung dan menyediakan segala keperluan bekas isteri termasuk
anak-anak mereka.
b)Hukum Nenek Dan Datuk
Apabila cucu dimalukan maka nenek dan datuk
perlu diberi pampasan. Keluarga pihak perempuan diutamakan berbanding pihak
lelaki.
c) Hukum Lampau
Hukum ini bersifat tegas kerana hukuman mati
dikenakan sekiranya terdapat hubungan luar nikah dengan tidak mengira siapa
yang bersalah. Pasangan tersebut dimasukkan ke dalam raga, kemudiannya dihumban
ke dalam sungai. Kini hukuman ini telah dihapuskan.