TONSOM BAMBANGAN

TONSOM BAMBANGAN

Bambangan, yang nama saintifiknya Mangifera pajang, adalah buah tradisi dan dikenali sebagai mangga liar (wild mango) serta dikategorikan dalam keluarga mangga dan kuini. Buah ini dijadikan jeruk dimakan bersama nasi dan sambal belacan, manakala yang masak pula boleh dijadikan ulam bersama cili dan garam. Bahan-bahan untuk jeruk ialah buah bambangan, lobak merah dipotong memanjang, bawang merah, daun bawang dipotong kecil, cili padi, dan garam secukupnya.

Buang sedikit bahagian atas buah dan toreh kulit kepada beberapa bahagian untuk memudahkan kulit buah yang tebal dibuka. Isi buah seeloknya dihiris nipis dan saiz kecil. Belah biji buah, kupas selaput putih kekuningan pada isi biji tersebut, bersihkan dengan air dan parut. Campurkan parutan dengan hirisan isi buah berserta bawang merah, lobak merah, daun bawang dan garam. Masukkan ke dalam bekas berserta cili padi dan peram selama lebih kurang seminggu sebelum boleh dimakan.

JKKN SABAH

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052