SUNTING PUTU

Sunting Putu adalah makanan tradisi suku kaum Bajau di daerah-daerah Semporna dan Lahad Datu, Sabah. Makanan ini berasaskan ubi kayu yang diparut dan diperah kemudian dikukus. Sunting Putu dimakan bersama Sagol (isi ikan besar), pesies kerang iaitu Kima dan Tehe-tehe, dan Tayum yakni landak laut, serta beberapa lagi makanan tradisi suku kaum Bajau.