LINOPOT

LINOPOT

Dalam bahasa Kadazandusun Linopot bermaksud 'dibungkus ketat'. Dikenali juga sebagai 'nasi bungkus', nasi dibungkus padat dengan daun buah tarap (buah tradisional) dipanggil doringin. Penggunaan daun ini mengeluarkan aroma nasi yang harum semula jadi.

Makanan tradisional ini adalah sajian warisan turun temurun dan masih ditemui hingga kini. Lazimnya, Linopot mengandungi nasi yang sudah dicampur makanan tradisional lain seperti keladi atau goul, labu manis atau tawadak, dan ubi kayu.

JKKN SABAH

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052