LATOK

Latok adalah rumpai laut, makanan tradisional suku kaum Bajau Laut yang mendiami pesisiran laut di daerah Semporna, Sabah. Rumpai laut ini dipercayai mempunyai khasiat tersendiri dan bermanfaat kepada penggemarnya. Antara khasiatnya ialah memberi awet muda, merawat kanser, memelihara kesihatan darah, tulang, otot dan fungsi saraf. Latok dimakan bersama nasi dan ikan yu panggang. Juga boleh dimakan mentah bersama perahan limau kasturi, cili padi dan kicap.