KIMA

Kima adalah jenis kerang laut dalam beberapa sepsis. Antaranya lapiran, bohe' dan sollot-sollot yang kesemuanya bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah batu. Kima adalah lauk tradisional suku kaum Bajau, boleh dimakan mentah-mentah (dipanggil 'inta') namun perlu dihiris dan dicampur dengan air limau, lada dan rempah-ratus yang lain. Kima juga boleh dimasak bersama sayur tetapi dijemur terlebih dahulu untuk dikeringkan.