KELUPIS

Kelupis adalah kuih tradisional suku kaum Bisaya di Daerah Semporna, Sabah. Kuih ini dihidangkan dalam majlis perkahwinan dan musim perayaan seperti Hari Raya. Bahan-bahan asas ialah beras pulut, santan, daun pandan, daun pisang dan garam secukup rasa.
Didihkan santan bersama daun pandan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering. Selepas itu dibungkus dengan daun pisang dan kukus hingga masak.